Wednesday, 24 May 2017

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan dan kelas terakhir untuk sem ini. Kumpulan kami telah mendapat tajuk tentang perlukah teknologi tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik digunakan di Malaysia. Jadi kami sekumpulan menerangkan dari segi aspek pihak berkepentingan, kelebihan dan keburukan, keadilah dan dari segi agama.

Maksud Tenaga Nuklear

Contoh Pendapat Bagi Individu

Pendapat Bagi Kerajaan
Jadi mengikut keputusan matrik etika, kami sekumpulan memilih bahawa patut teknologi tenaga nuklear diguna pakai dalam Malaysia atas apa kebaikan yang patut kita gunakan. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu mengkaji tentang keburukan yang bakal dihadapi juga jika menggunakannya. Jika ia ingin dilaksanakan haruslah mengambil pandanagan dari sudut tempat, hak rakyat dan pelbagai lagi yang perlu ditimbangkan kerana keputusan sebegini haruslah dikaji dengan berhemah dahulu sebelum melalukannya kerana ia melibatkan pihak individu dan juga tanpa kita sedar ancaman sekeliling seperti haiwan dan tumbuhan juga terhapus dan mampu menggangu ekosistem mereka. 

Monday, 22 May 2017

Bengkel Digital CV

Tarikh : 22 MEI 2017
Waktu : 2 - 5 Petang
Tenaga Pengajar : Dr Khairul Azman Aziz
Tempat : Makmal Komputer 3
Program : Bengkel Digital CV


Input yang saya peroleh daripada bengkel ini ialah membuat satu akaun yang dipanggil cloud access.net. Satu akaun yang dapat memuatkan cv anda memohon kerja untuk dilihat oleh para majikan. Apa yang ditunjuk ajar oleh Dr Khairul banyak ilmu yang dapat ditimba berkaitan laman web ini. Ia juga boleh menjadi seperti blog dan menulis perjalanan harian tetapi ia juga boleh bertukar menjadi digital cv. Aplikasi yang mendapat liputan seluruh dunia. Ia sangat berguna untuk generasi IT sekarang kerana rata-rata penduduk di Malaysia sedang membangun dengan teknologi. Ketika dahulu cv ditaip dan dicetak tetapi sekarang majikan boleh mendapat cv di hujung jari sahaja untuk mencari pekerja. Kelebihan teknologi buat masa sekarang haruslah dipraktikkan oleh para pengguna untuk mengejar kemajuan teknologi yang tiada penghujung dan sempadan.

Sunday, 21 May 2017

Pembentangan 'Academic Communication 1'

Pada : 17 Mei 2017
Tempat : Bilik Seminar 6
Pensyarah : Encik Norazha Bin Paiman
Program : Pembentangan Topik Kajian

Pada tarikh tersebut, pembentangan bagi subjek 'academic communication' bagi sem 2 telah berlangsung dan ini adalah kelas 'academic communication' yang terakhir bagi semester ini. Kumpulan saya memilih untuk membentangkan topik berkaitan PARABEN. Paraben adalah sejenis bahan kimia yang kebanyakkan digunakan dalam alat kosmetik, makanan, syampu dan pelbagai lagi kerana mudah didapati dan murah. Paraben digunakan secara meluas kerana fungsinya adalah untuk menghalang mikroorganisma dan bakteria daripada alat kosmetik, makanan, syampu dan pelbagai lagi daripada membiak. Dalam erti kata lain paraben mampu membuatkan sesuatu bahan yang mengandunginya bertahan lebih lama. Rata-rata rakan sekelas saya tidak tahu menahu apa itu paraben dan kesan paraben pada penggunanya. Saya dan rakan sekumpulan menerangkan tentang kesan paraben. Apa yang kami dapati hasil daripada kajian yang diperoleh, paraben mempunyai banyak kesan negatif kepada para penggunanya. Contoh yang kami dapat bentangkan ialah kanser payudara, menggangu pertumbuhan sperma lelaki dan penuaan pra-matang. Contoh penuaan pra-matang ialah kulit akan menjadi lebih nipis, cepat berkedut berbanding usia dan boleh mengakibatkan alahan pada kulit jika memakai terlalu banyak kosmetik yang mengandungi peratusan paraben yang tinggi. Akhir kata, pilihlah kosmetik yang 'FREE-PARABEN' atau selidik dahulu sesuatu barang sebelum membelinya.

Contoh Jenis PARABEN :
                                              
Image result for gambar paraben

Image result for gambar paraben

Sunday, 14 May 2017

Malam 'UKM BERSELAWAT'

Pada 12 Mei 2017 pihak UKM telah menganjurkan ukm berselawat yang bertempat di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR). Ianya dihadiri oleh para pelajar dan warga ukm untuk mengingati 1 Syaaban.


3 penceramah telah dijemput dan seorang lagi menyampaikan alunan bacaan al-quran. Malam penuh barakah disirami dengan ceramah yang menyedarkan kita bahawa Allah tuhan sekalian alam dan Rasullah kekasih Allah haruslah selalu diingati dan disemai di dalam jiwa supaya kita menjadi insan yang selalu taat padaNya dan dunia bukan tempat untuk berseronok tetapi persinggahan kita untuk ke alam akhirat. Ceramah yang disampaikan sangat mendalam dengan bercerita tentang kehidupan zaman Rasaullah SAW dan sahabat baginda pada zaman dahulu. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tetapi jangan pula riak dengan kelebihan sampaikan terlupa akan kelemahan diri sendiri.

Task Access

Tarikh : 12 Mei 2017
Kelas : Aplikasi Komputer
Tempat : Makmal Komputer 1
Pensyarah : Puan Rohizah
Waktu : 9 Pagi - 12 Tengahari



"Access" terasa mudah bila tengok video tutorial. Tapi bila tersilap langkah semua kena bermula dari awal. itulah ungkapan yang boleh diucapkan apabila membuat access.

Thursday, 11 May 2017

Pitching Asas Keusahawanan


Pada 12 Mei 2017 telah berlangsungnya pitching asas keusahawanan antara fakulti. Semua fakulti menghantar satu pasukan yang dipilih antara set untuk membentangkan idea yang dibuat. 12 fakulti berentap untuk mendapat juara dalam membentangkan projek yang dibentangkan.

Keputusan keseluruhan hari keusahawanan :

POSTER

  1.  Fakulti Kejuruteraan Alam Bina
  2.  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  3.  Fakulti Sains Teknologi

PITCHING

  1.  Fakulti Farmasi ( Hamper + RM300 )
  2.  Fakulti Pergigian ( Hamper + RM200 )
  3.  Fakulti Kejuruteraan Alam Bina ( Hamper + RM100 )

BEST SHORT VIDEO

  1. Fakulti Sains Teknologi
  2. Fakulti Pendidikan Islam
  3. Fakulti Sains Teknologi

THE BEST FACULTY FOR ENTREPENEURSHIP DAY
  • Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Malam Anugerah KOLEJ RAHIM KAJAI

Waktu : 8 Malam - 11 Malam
Tarikh : 7 MEI 2017
Program : MALAM ANUGERAH KOLEJ RAHIM KAJAI
Tempat : DECTAR
Perasmian oleh YB SENATOR DATO' SHAHARIM MOHAMAD YUSOFF

Marak 2017

Suasana malam kejadian di pintu masuk

Saya bersama rakan yang lain pada malam tersebut


Pada malam anugerah kolej rahim kajai adalah malam untuk semua penghuni kolej rahim kajai bersama sama kakitangan menjamu makan malam dengan program yang diuruskan dibawah kelolaan para pelajar kolej rahim kajai. Pada majlis ini kami didengdangkan dengan beberapa lagu dan tarian oleh pelajar rahim kajai. Selain itu kumpulan dari singapura iaitu 'paperplane pursuit' turun membuat persembahan dengan lagu-lagu mereka. Tema makan malam kali ini ialah HARRY POTTER. Harry potter adalah cerita yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe, emma watson, Rupert Grint dan ramai lagi pelakon. Ia mengisahkan tentang dunia penuh dengan aksi magik.

Larian Kanser

Poster larian kanser

Peserta larian

Pemenang tempat pertama 10 KM mengambil masa 31 minit

Saya bersama rakan

Pada tarikh 7 Mei 2017 terdapat satu aktiviti yang dijalankan di dalam UKM iaitu larian kanser di bawah pengurusan UKM. Saya telah menyertai aktiviti ini sebagai ahli sukarelawan. Tugas yang diberikan kepada saya ialah menjaga tempat air untuk peserta larian. Peserta larian terdiri daripada orang awam dan ada juga beberapa orang kakitangan dari UKM. Larian ini terbahagi dalam 2 kategori iaitu 5 KM dan 10 KM. Program ini bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 11 tengahari. Program ini mendapat sambutan yang hangat dan positif dari pandangan peserta.

Wednesday, 3 May 2017

Coding Dan Programing

Tarikh : 28 April 2017
Masa : 9 - 12 Tengahari
Subjek : Aplikasi Komputer
Tempat : Makmal Komputer 1
Pensyarah : Puan Rohizah
Topik Pembelajaran : Coding dan Programming

Pengenalan Untuk membuat laman muka depan di web sendiri




Latar Belakang yang berwarna

Meletakkan Table

Ini sahaja contoh yang saya dapat kongsi bersama kerana saya juga baru bertatih dalam ilmu coding dan programming.

Saturday, 22 April 2017

Kuliah Umum Asas Keusahawanan

PUAN NURFARINI DAING
CEO 'MY HARAPAN'
Kuliah umum kedua asas keusahawanan telah berlangsung pada 20 April 2017 di DECTAR pada pukul 2-4.30 petang. Pada kuliah umum kali ini ceo My Harapan iaitu Puan Nurfarini Daing telah dijemput untuk memberikan ucapan yang bertajuk berkaitan "Zero Poverty Through Job Creation". Ia mengisahkan tentang peniagaan sosial.
Maksud Perniagaan Sosial yang Diberikan
Pada erti kata lain perniagaan sosial tidak akan ada kerugian tetapi dalam masa yang sama kita membuat kebajikan untuk menolong insan yang lain. 

Pada ceramah beliau satu bingkisan video yang dikongsikan dimana sebuah negara Bangladesh yang mempunyai penduduk yang sangat ramai dan kanak kanak tidak mendapatkan nutrien yang secukupnya. Terdapat salah seorang insan yang prihatin terhadap kanak kanak di sini telah menciptakan satu yogurt yang dapat mencukupi nutrien harian mereka dan dijual dengan harga yang murah dan mampu dimiliki. Manakala penjual yogurt adalah daripada ibu tunggal yang tidak mempunyai kerja dan penganggur penganggur di sekitar kawasan tersebut. Inilah dapat dipanggil perniagaan sosial kerana dia mendapat keuntungan tetapi dalam masa yang sama dapat berjasa kepada insan lain.
CEO My Harapan
Gambar discover MUAYTHAI di atas merupakan pelajar pelajar yang telah berjaya didik dalam sesi MUAYTHAI yang dianjurkan oleh pihak My Harapan di Malaysia. Pelajar pelajar tersebut terdiri daripada pelajar pelajar yang bermasalah supaya berdisiplin, berdikari dan mempunyai keyakinan diri.

Monday, 17 April 2017

Program Kongres Budaya


Pada 15 April 2017 telah berlangsungnya Kongres Budaya dengan bertemakan 'Budaya Tinggi Paksi Tamadun Bangsa' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Program ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 


Terdapat beberapa universiti di sekitar yang hadir seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Kolej Tun Syed Nasir dan Tun Dr Ismail dari Ukm Kuala Lumpur juga hadir bagi menjayakan program ini. 



Selepas perasmian yang dilakukan oleh perdana menteri terdapat pameran untuk tontonan perdana menteri selain daripada tayangan video yang disediakan. Bagi yang hadir ke program ini akan mendapat goodies bag dan baucer makanan pada waktu tengahari. 

Program CAREER And ENTREPRENEURSHIP EXPO 2017

12 APRIL 2017
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR)
Pada tarikh tersebut telah berlangsungnya satu program iaitu program 'Career and Entrepreneurship Expo 2017' yang berlangsung di DECTAR. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui syarikat syarikat yang besar di Malaysia dan ia membuka ruang kepada pelajar dan orang luar untuk ditemuduga oleh syarikat tersebut. Sebagai contoh syarikat yang hadir pada expo ini ialah Malayan Banking Berhad, Celcom Axiata Berhad, Kwsp, Proton Holdings Berhad, Agro bank dan pelbagai lagi syarikat yang hadir dan membuka booth booth mereka untuk pameran dan untuk pelajar dan orang luar mengajukan soalan untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang syarikat tersebut dengan lebih mendalam. 

Sedikit Perkongsian informasi di dalam buku Career and Entrepreneurship expo yang diedarkan kepada pelajar yang hadir : 

  • Proton Berhad

  • KWSP


  • Celcom

  • Maybank
Ini semua memberi peluang dan membuka mata pelajar untuk mengejar bidang alam pekerjaan apa yang dikehendaki dan mungkin juga mampu memberi motivasi untuk pelajar belajar dengan bersungguh sungguh untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan. Selain itu pelajar juga dapat mendedahkan diri kepada syarikat syarikat yang mengambil pelajar untuk ditemuduga dengan kemahiran yang ada. 

Sunday, 16 April 2017

Forum "Adakah Aku Bertuhankan Kertas?"


Tajuk yang dipaparkan adalah "Adakah aku bertuhankan kertas?". Tajuk ini sangat sinonim dengan kehidupan kita sebagai pelajar. Adakah kita bertuhankan Allah ataupun bertuhankan kertas. Bertuhankan kertas bermaksud adakah kita sebagai hamba allah hanya mengejar kejayaan di atas sekeping kertas dan meninggalkan akhirat. Apa yang saya perolehi input dari forum ini ialah kita sebagai pelajar lebih mengutamakan pointer semata mata dan meninggalkan suruhan Allah. Saya ada tersentuh dengan satu ayat yang disampaikan oleh Da'i Izzhar iaitu kalau kita tahu betapa besarnya impian kita, kita akan tahu apa yang kita kejar. Berdasarkan pemahaman saya apa yang disampaikan tanamlah impian dunia dan akhirat untuk kita capai.

Dari kiri Iskandar, Da;i Izzhar, Heliza Helmi dan adik Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi

3 perkara yang dikongsikan untuk kejar pointer ialah :
  1. Amalkan perkara penting terlebih dahulu yang menjadi keutamaan kita sebagai pelajar dan hamba Allah
  2. Cari rakan sepasukan yang bergiat aktif dan membantu
  3. Berani katakan tidak untuk perkara yang menjadi sia-sia

Inilah sedikit peekongsian yang saya dapat kongsikan dari forum tersebut. 

Monday, 3 April 2017

Hari Sukan Permata Pintar

Pada 30 Mac 2017, saya dan rakan saya telah menyertai satu acara pertandingan dalam hari sukan permata pintar. Ia berlangsung di padang permata pintar sekitar waktu 9 malam.

Khemah antara pasukan pelajar pelajar permata pintar
Saya dan rakan saya

2 hari sebelum hari sukan permata pintar berlangsung kami dijemput untuk menyertai satu acara iaitu acara 4 x 100 meter bagi mewakili Kolej Rahim Kajai dalam hari sukan permata pintar tersebut. Beberapa kolej telah dijemput untuk mewakili acara ini. Kami memperoleh tempat ke-4 dalam acara ini daripada 8 pasukan. Walaupun tidak mendapat pingat tapi kepuasan tetap terpancar di wajah kami dan mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada pihak permata pintar yang menjemput kami.
 

Pembentangan Mikroekonomi

Tarikh : 29 Mac 2017
Tempat : DK 2
Subjek : Mikroekonomi 1
Waktu : 11 pagi- 2 petang

Dari kiri Lihoong, Percy, Puan Nafisah, Amira dan Saya

Diatas adalah gambar kumpulan saya. Pada hari tersebut kami sekelas ditugaskan oleh Puan Nafisah untuk membuat pembentangan mikroekonomi daripada hasil kerja lapangan yang dilakukan selama 4 minggu berturut turut. Kumpulan kami mendapat tajuk sayur sayuran bagi kerja lapangan ini. Kami memilih sayur timun malaysia dan timun jepun kerana ia adalah pengganti sempurna. Tempat lawatan kami ialah di Pasar Basah Seksyen 1, Bangi, Selangor. Kami membuat kajian berdasarkan harga sayur sayuran tersebut selama 4 minggu. Apa yang dikaji adalah adakah terdapat perubahan pada harga sayur tersebut selama 4 minggu atau sebaliknya berlaku. Selain itu kami juga perlulah menyelidik kenapa harga sayur tersebut adakalanya naik dan turun dan diletakkan pada satu kertas kerja.

Sunday, 2 April 2017

Kelas Citra Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Tarikh : 21 Mac 2017
Tempat : DK 3
Fakulti : FEP
Waktu : 3 - 5 petang
Kursus : Kelas Citra Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia
Program : Perdebatan Antara Kumpulan

Kumpulan Saya dengan Kumpuan Lawan

Kumpulan 1 dan Kumpulan 2

Kelas citra ini banyak menekankan tentang isu semasa sekeliling kita. Ia menekankan dari aspek etika dalam kehidupan manusia dalam subjek biologi. Bioetika merupakan satu istilah tentang penerapan etika dalam ilmu-ilmu biologi, ubat, penjagaan kesihatan dan bidang-bidang yang berkaitan. 
Selang seminggu sebelum menjelang 21 Mac 2017 kami ditugaskan untuk menyediakan topik untuk dijadikan perdebatan antara kumpulan. Terdapat 6 kumpulan kesemuanya yang terdiri daripada 10, 9, 8 dan 6 orang ahli setiap kumpulan. Antara tajuk tajuk yang didebat pada hari tersebut ialah pengklonan, penggunaan haiwan sebagai ujikaji dan ujian makanan. Kumpulan 3 dan 4 iaitu kumpulan 3 ialah kumpulan saya memilih tajuk penggunaan haiwan sebagai ujikaji. Kami memilih sebagai pembangkang untuk topik ini kerana merasakan haiwan yang dijadikan sebagai ujikaji terseksa dan tidak dapat menjalani hidup mereka seperti haiwan yang lain. Perdebatan kumpulan kami sangat hangat dan isi isi di antara kumpulan kerajaan dan pembangkang sangat bernas dan fakta fakta yang dikeluarkan adalah dari sumber yang betul.

Program Kajai Go Green



Pada 19 Mac 2017 citra 5 dibawah kendalian Kolej Rahim Kajai telah mengadakan satu program iaitu program 'KAJAI GO GREEN'. Program ini mewajibkan pelajar yang mengambil citra 5 dibawah kendalian kolej rahim kajai kerana ia merupakan kutipan markah untuk pelajar jika pelajar mengikuti program ini. Contoh aktiviti program ini ialah :
  • Pengumpulan 1000 botol untuk dikitar semula dari pelajar dibawah citra ini
  • Penanaman 3 anak pokok
  • Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kolej
  • Gerakan aedes buster dengan kerjasama BSMM Kolej Rahim Kajai
  • Tayangan video dan poster yang dibuat oleh pelajar citra ini
Semua Pelajar Citra 5 Kajai

Dari pandangan saya, program ini banyak memberikan input yang berguna untuk pelajar contohi iaitu kita semestinya menjaga alam sekitar, sampah seperti botol plastik, kertas haruslah dikitar semula untuk menyelamatkan sumber yang ada terus digunakan, selain itu dari kumpulan aedes buster kita seharusnya menjaga tempat yang bertakung atau membuang sampah sarap ke dalam tong sampah supaya nyamuk aedes tidak membiak yang boleh mengakibatkan demam denggi dan untuk penanaman anak pokok, ia adalah permulaan untuk kita menghijaukan bumi kita
.

Tuesday, 14 March 2017

Program Hakera

Tarikh : 14 Mac 2017
Tempat : Panggung Seni
Waktu : 10 Malam
Program : Hakera ( Penutupan Program Hari Wanita Sedunia )
Anjuran : Kolej Dato' Onn


Malam penutupan program hakera dihadiri dan dimeriahkan oleh artis tempatan iaitu Wani Hasrita dan Tajul iaitu artis muda yang berbakat dalam bidang nyanyian. Mereka menyanyikan 4 buah lagu untuk pengunjung yang hadir menyaksikan mereka. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu terbaru duet mereka , lagu memori berkasih dan lagu solo dari Wani Hasrita dan Tajul.


Tahniah diucapkan Kolej Dato' Onn kerana berjaya menganjurkan sebuah program yang terdapat banyak input dan kebaikan untuk mahasiswa sempena Hari Wanita Sedunia.

Great Ladies Run

Program dibawah kelolaan Kolej Dato' Onn
Program ini diadakan di Dataran Panggung Seni pada 12 Mac 2017. Larian ini diadakan pada hari sabtu dan pendaftaran pada pukul 8 pagi. Larian ini bertemakan hari wanita sedunia.

Gambar saya bersama rakan rakan menyertai larian ini

Larian ini sepanjang 3 KM iaitu bermula dari :
Panggung seni → Kolej Rahim Kajai → Stadium → Pintu Depan Danau → Stadium → Kolej Rahim Kajai → Kolej Dato' Onn → Panggung Seni
Itulah kawasan yang kami lalui sepanjang larian 3 KM.

Yang paling menyeronokkan program ini ialah larian hanya disertai oleh perempuan sahaja dan lelaki tidak dibenarkan menyertai larian ini. Di samping itu terdapat cabutan bertuah kepada sesiapa yang bertuah. Dan program ini dirasmikan oleh seorang wanita yang bekerjaya dan ditemani oleh pengetua Kolej Dato' Onn.

Terdapat sijil, tshirt dan makanan disediakan dan hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM10 sahaja untuk menyertai larian ini.

Sunday, 12 March 2017

Program Robotik

Pada 11 Mac 2017 telah berlangsungnya program robotik atau nama program yang lebih lanjut lagi ialah program "EDUBOTS" iaitu sebuah program dimana kerjasama 3 buah kolej dan 3 buah sekolah menengah untuk menjayakan sebuah program. Program ini diketuai Kolej Rahim Kajai dan kerjasama bersama dengan kolej Dato 'Onn dan Kolej Tun Syed Nasir. Bagi sekolah pula ia disertai oleh Sekolah Menengah Jalan Empat, Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan Sekolah Bandar Sri Putra. Seramai 300 peserta dari semua kolej dan sekolah telah menyertai program ini.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Abu Bakar Muhamad Diah iaitu Timbalan Menteri, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi dan dihadiri oleh Dr. Roslee Rajikan iaitu pengetua kolej rahim kajai dan wakil UKM serta wakil dari pihak IEEE iaitu satu wakil yang memberi peluang untuk menjayakan program ini.






Saya sebagai ajk jamuan dalam program ini sangat berbesar hati kerana program ini berlangsung dengan jayanya dan berjalan lancar dengan kerjasama peserta dan kerjasama seluruh pihak. Dan mendapat satu pengalaman yang berharga dan ikatan kerjasama yang kuat dalam menjalankan sesuatu program bersama rakan seperjuangan.


Friday, 10 March 2017

Latihan Excel

Tarikh : 10 Mac 2017
Aktiviti : Latihan Excel 
Tempat : Lab 1
Subjek : EPPD 1063




Video yang memaparkan asas latihan untuk mengenali serba sedikit fungsi dalam excel yang diajar oleh Puan Rohizah di dalam makmal. Di atas saya lampirkan video yang dibuat oleh Puan Rohizah untuk kegunaan dan panduan pembaca tentang bagaimana nak gunakan excel.

Thursday, 9 March 2017

Mega Public Lecture

Tarikh : 9 MAC 2017
Waktu : 2 - 4 Petang
Tempat : Dectar 
Program : Syarahan Umum dibawah kursus asas keusahawanan
Tema Program : The Rose Amongst The Thorns

Ucapan Oleh Pengarah Urusan Natiowide Express iaitu CIK ROZILAWATI BINTI HAJI BASIR




Apa yang dikongsikan oleh Cik Rozilawati ialah bagaimana dia seorang perempuan menguruskan nationwide express dan almarhum ayahnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya sehingga berjaya kini. Terdapat sedikit sebanyak yang tidak ternilai perkongsian tips tentang kejayaan beliau dalam menceburi perniagaan dalam syarahan tersebut seperti seorang usahawan kita haruslah mengaplikasikan perniagaan kita mengikut peredaran semasa dan mengikuti teknologi yang berkembang kini.

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan d...