Sunday, 21 May 2017

Pembentangan 'Academic Communication 1'

Pada : 17 Mei 2017
Tempat : Bilik Seminar 6
Pensyarah : Encik Norazha Bin Paiman
Program : Pembentangan Topik Kajian

Pada tarikh tersebut, pembentangan bagi subjek 'academic communication' bagi sem 2 telah berlangsung dan ini adalah kelas 'academic communication' yang terakhir bagi semester ini. Kumpulan saya memilih untuk membentangkan topik berkaitan PARABEN. Paraben adalah sejenis bahan kimia yang kebanyakkan digunakan dalam alat kosmetik, makanan, syampu dan pelbagai lagi kerana mudah didapati dan murah. Paraben digunakan secara meluas kerana fungsinya adalah untuk menghalang mikroorganisma dan bakteria daripada alat kosmetik, makanan, syampu dan pelbagai lagi daripada membiak. Dalam erti kata lain paraben mampu membuatkan sesuatu bahan yang mengandunginya bertahan lebih lama. Rata-rata rakan sekelas saya tidak tahu menahu apa itu paraben dan kesan paraben pada penggunanya. Saya dan rakan sekumpulan menerangkan tentang kesan paraben. Apa yang kami dapati hasil daripada kajian yang diperoleh, paraben mempunyai banyak kesan negatif kepada para penggunanya. Contoh yang kami dapat bentangkan ialah kanser payudara, menggangu pertumbuhan sperma lelaki dan penuaan pra-matang. Contoh penuaan pra-matang ialah kulit akan menjadi lebih nipis, cepat berkedut berbanding usia dan boleh mengakibatkan alahan pada kulit jika memakai terlalu banyak kosmetik yang mengandungi peratusan paraben yang tinggi. Akhir kata, pilihlah kosmetik yang 'FREE-PARABEN' atau selidik dahulu sesuatu barang sebelum membelinya.

Contoh Jenis PARABEN :
                                              
Image result for gambar paraben

Image result for gambar paraben

No comments:

Post a Comment

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan d...