Monday, 22 May 2017

Bengkel Digital CV

Tarikh : 22 MEI 2017
Waktu : 2 - 5 Petang
Tenaga Pengajar : Dr Khairul Azman Aziz
Tempat : Makmal Komputer 3
Program : Bengkel Digital CV


Input yang saya peroleh daripada bengkel ini ialah membuat satu akaun yang dipanggil cloud access.net. Satu akaun yang dapat memuatkan cv anda memohon kerja untuk dilihat oleh para majikan. Apa yang ditunjuk ajar oleh Dr Khairul banyak ilmu yang dapat ditimba berkaitan laman web ini. Ia juga boleh menjadi seperti blog dan menulis perjalanan harian tetapi ia juga boleh bertukar menjadi digital cv. Aplikasi yang mendapat liputan seluruh dunia. Ia sangat berguna untuk generasi IT sekarang kerana rata-rata penduduk di Malaysia sedang membangun dengan teknologi. Ketika dahulu cv ditaip dan dicetak tetapi sekarang majikan boleh mendapat cv di hujung jari sahaja untuk mencari pekerja. Kelebihan teknologi buat masa sekarang haruslah dipraktikkan oleh para pengguna untuk mengejar kemajuan teknologi yang tiada penghujung dan sempadan.

No comments:

Post a Comment

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan d...