Pada 12 Mei 2017 pihak UKM telah menganjurkan ukm berselawat yang bertempat di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR). Ianya dihadiri oleh para pelajar dan warga ukm untuk mengingati 1 Syaaban.
3 penceramah telah dijemput dan seorang lagi menyampaikan alunan bacaan al-quran. Malam penuh barakah disirami dengan ceramah yang menyedarkan kita bahawa Allah tuhan sekalian alam dan Rasullah kekasih Allah haruslah selalu diingati dan disemai di dalam jiwa supaya kita menjadi insan yang selalu taat padaNya dan dunia bukan tempat untuk berseronok tetapi persinggahan kita untuk ke alam akhirat. Ceramah yang disampaikan sangat mendalam dengan bercerita tentang kehidupan zaman Rasaullah SAW dan sahabat baginda pada zaman dahulu. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tetapi jangan pula riak dengan kelebihan sampaikan terlupa akan kelemahan diri sendiri.


No comments:
Post a Comment