Tajuk yang dipaparkan adalah "Adakah aku bertuhankan kertas?". Tajuk ini sangat sinonim dengan kehidupan kita sebagai pelajar. Adakah kita bertuhankan Allah ataupun bertuhankan kertas. Bertuhankan kertas bermaksud adakah kita sebagai hamba allah hanya mengejar kejayaan di atas sekeping kertas dan meninggalkan akhirat. Apa yang saya perolehi input dari forum ini ialah kita sebagai pelajar lebih mengutamakan pointer semata mata dan meninggalkan suruhan Allah. Saya ada tersentuh dengan satu ayat yang disampaikan oleh Da'i Izzhar iaitu kalau kita tahu betapa besarnya impian kita, kita akan tahu apa yang kita kejar. Berdasarkan pemahaman saya apa yang disampaikan tanamlah impian dunia dan akhirat untuk kita capai.
![]() |
| Dari kiri Iskandar, Da;i Izzhar, Heliza Helmi dan adik Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi |
3 perkara yang dikongsikan untuk kejar pointer ialah :
- Amalkan perkara penting terlebih dahulu yang menjadi keutamaan kita sebagai pelajar dan hamba Allah
- Cari rakan sepasukan yang bergiat aktif dan membantu
- Berani katakan tidak untuk perkara yang menjadi sia-sia
Inilah sedikit peekongsian yang saya dapat kongsikan dari forum tersebut.


No comments:
Post a Comment