Wednesday, 24 May 2017

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan dan kelas terakhir untuk sem ini. Kumpulan kami telah mendapat tajuk tentang perlukah teknologi tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik digunakan di Malaysia. Jadi kami sekumpulan menerangkan dari segi aspek pihak berkepentingan, kelebihan dan keburukan, keadilah dan dari segi agama.

Maksud Tenaga Nuklear

Contoh Pendapat Bagi Individu

Pendapat Bagi Kerajaan
Jadi mengikut keputusan matrik etika, kami sekumpulan memilih bahawa patut teknologi tenaga nuklear diguna pakai dalam Malaysia atas apa kebaikan yang patut kita gunakan. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu mengkaji tentang keburukan yang bakal dihadapi juga jika menggunakannya. Jika ia ingin dilaksanakan haruslah mengambil pandanagan dari sudut tempat, hak rakyat dan pelbagai lagi yang perlu ditimbangkan kerana keputusan sebegini haruslah dikaji dengan berhemah dahulu sebelum melalukannya kerana ia melibatkan pihak individu dan juga tanpa kita sedar ancaman sekeliling seperti haiwan dan tumbuhan juga terhapus dan mampu menggangu ekosistem mereka. 

Monday, 22 May 2017

Bengkel Digital CV

Tarikh : 22 MEI 2017
Waktu : 2 - 5 Petang
Tenaga Pengajar : Dr Khairul Azman Aziz
Tempat : Makmal Komputer 3
Program : Bengkel Digital CV


Input yang saya peroleh daripada bengkel ini ialah membuat satu akaun yang dipanggil cloud access.net. Satu akaun yang dapat memuatkan cv anda memohon kerja untuk dilihat oleh para majikan. Apa yang ditunjuk ajar oleh Dr Khairul banyak ilmu yang dapat ditimba berkaitan laman web ini. Ia juga boleh menjadi seperti blog dan menulis perjalanan harian tetapi ia juga boleh bertukar menjadi digital cv. Aplikasi yang mendapat liputan seluruh dunia. Ia sangat berguna untuk generasi IT sekarang kerana rata-rata penduduk di Malaysia sedang membangun dengan teknologi. Ketika dahulu cv ditaip dan dicetak tetapi sekarang majikan boleh mendapat cv di hujung jari sahaja untuk mencari pekerja. Kelebihan teknologi buat masa sekarang haruslah dipraktikkan oleh para pengguna untuk mengejar kemajuan teknologi yang tiada penghujung dan sempadan.

Sunday, 21 May 2017

Pembentangan 'Academic Communication 1'

Pada : 17 Mei 2017
Tempat : Bilik Seminar 6
Pensyarah : Encik Norazha Bin Paiman
Program : Pembentangan Topik Kajian

Pada tarikh tersebut, pembentangan bagi subjek 'academic communication' bagi sem 2 telah berlangsung dan ini adalah kelas 'academic communication' yang terakhir bagi semester ini. Kumpulan saya memilih untuk membentangkan topik berkaitan PARABEN. Paraben adalah sejenis bahan kimia yang kebanyakkan digunakan dalam alat kosmetik, makanan, syampu dan pelbagai lagi kerana mudah didapati dan murah. Paraben digunakan secara meluas kerana fungsinya adalah untuk menghalang mikroorganisma dan bakteria daripada alat kosmetik, makanan, syampu dan pelbagai lagi daripada membiak. Dalam erti kata lain paraben mampu membuatkan sesuatu bahan yang mengandunginya bertahan lebih lama. Rata-rata rakan sekelas saya tidak tahu menahu apa itu paraben dan kesan paraben pada penggunanya. Saya dan rakan sekumpulan menerangkan tentang kesan paraben. Apa yang kami dapati hasil daripada kajian yang diperoleh, paraben mempunyai banyak kesan negatif kepada para penggunanya. Contoh yang kami dapat bentangkan ialah kanser payudara, menggangu pertumbuhan sperma lelaki dan penuaan pra-matang. Contoh penuaan pra-matang ialah kulit akan menjadi lebih nipis, cepat berkedut berbanding usia dan boleh mengakibatkan alahan pada kulit jika memakai terlalu banyak kosmetik yang mengandungi peratusan paraben yang tinggi. Akhir kata, pilihlah kosmetik yang 'FREE-PARABEN' atau selidik dahulu sesuatu barang sebelum membelinya.

Contoh Jenis PARABEN :
                                              
Image result for gambar paraben

Image result for gambar paraben

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan d...