Saturday, 22 April 2017

Kuliah Umum Asas Keusahawanan

PUAN NURFARINI DAING
CEO 'MY HARAPAN'
Kuliah umum kedua asas keusahawanan telah berlangsung pada 20 April 2017 di DECTAR pada pukul 2-4.30 petang. Pada kuliah umum kali ini ceo My Harapan iaitu Puan Nurfarini Daing telah dijemput untuk memberikan ucapan yang bertajuk berkaitan "Zero Poverty Through Job Creation". Ia mengisahkan tentang peniagaan sosial.
Maksud Perniagaan Sosial yang Diberikan
Pada erti kata lain perniagaan sosial tidak akan ada kerugian tetapi dalam masa yang sama kita membuat kebajikan untuk menolong insan yang lain. 

Pada ceramah beliau satu bingkisan video yang dikongsikan dimana sebuah negara Bangladesh yang mempunyai penduduk yang sangat ramai dan kanak kanak tidak mendapatkan nutrien yang secukupnya. Terdapat salah seorang insan yang prihatin terhadap kanak kanak di sini telah menciptakan satu yogurt yang dapat mencukupi nutrien harian mereka dan dijual dengan harga yang murah dan mampu dimiliki. Manakala penjual yogurt adalah daripada ibu tunggal yang tidak mempunyai kerja dan penganggur penganggur di sekitar kawasan tersebut. Inilah dapat dipanggil perniagaan sosial kerana dia mendapat keuntungan tetapi dalam masa yang sama dapat berjasa kepada insan lain.
CEO My Harapan
Gambar discover MUAYTHAI di atas merupakan pelajar pelajar yang telah berjaya didik dalam sesi MUAYTHAI yang dianjurkan oleh pihak My Harapan di Malaysia. Pelajar pelajar tersebut terdiri daripada pelajar pelajar yang bermasalah supaya berdisiplin, berdikari dan mempunyai keyakinan diri.

Monday, 17 April 2017

Program Kongres Budaya


Pada 15 April 2017 telah berlangsungnya Kongres Budaya dengan bertemakan 'Budaya Tinggi Paksi Tamadun Bangsa' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Program ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 


Terdapat beberapa universiti di sekitar yang hadir seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Kolej Tun Syed Nasir dan Tun Dr Ismail dari Ukm Kuala Lumpur juga hadir bagi menjayakan program ini. 



Selepas perasmian yang dilakukan oleh perdana menteri terdapat pameran untuk tontonan perdana menteri selain daripada tayangan video yang disediakan. Bagi yang hadir ke program ini akan mendapat goodies bag dan baucer makanan pada waktu tengahari. 

Program CAREER And ENTREPRENEURSHIP EXPO 2017

12 APRIL 2017
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR)
Pada tarikh tersebut telah berlangsungnya satu program iaitu program 'Career and Entrepreneurship Expo 2017' yang berlangsung di DECTAR. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui syarikat syarikat yang besar di Malaysia dan ia membuka ruang kepada pelajar dan orang luar untuk ditemuduga oleh syarikat tersebut. Sebagai contoh syarikat yang hadir pada expo ini ialah Malayan Banking Berhad, Celcom Axiata Berhad, Kwsp, Proton Holdings Berhad, Agro bank dan pelbagai lagi syarikat yang hadir dan membuka booth booth mereka untuk pameran dan untuk pelajar dan orang luar mengajukan soalan untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang syarikat tersebut dengan lebih mendalam. 

Sedikit Perkongsian informasi di dalam buku Career and Entrepreneurship expo yang diedarkan kepada pelajar yang hadir : 

  • Proton Berhad

  • KWSP


  • Celcom

  • Maybank
Ini semua memberi peluang dan membuka mata pelajar untuk mengejar bidang alam pekerjaan apa yang dikehendaki dan mungkin juga mampu memberi motivasi untuk pelajar belajar dengan bersungguh sungguh untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan. Selain itu pelajar juga dapat mendedahkan diri kepada syarikat syarikat yang mengambil pelajar untuk ditemuduga dengan kemahiran yang ada. 

Sunday, 16 April 2017

Forum "Adakah Aku Bertuhankan Kertas?"


Tajuk yang dipaparkan adalah "Adakah aku bertuhankan kertas?". Tajuk ini sangat sinonim dengan kehidupan kita sebagai pelajar. Adakah kita bertuhankan Allah ataupun bertuhankan kertas. Bertuhankan kertas bermaksud adakah kita sebagai hamba allah hanya mengejar kejayaan di atas sekeping kertas dan meninggalkan akhirat. Apa yang saya perolehi input dari forum ini ialah kita sebagai pelajar lebih mengutamakan pointer semata mata dan meninggalkan suruhan Allah. Saya ada tersentuh dengan satu ayat yang disampaikan oleh Da'i Izzhar iaitu kalau kita tahu betapa besarnya impian kita, kita akan tahu apa yang kita kejar. Berdasarkan pemahaman saya apa yang disampaikan tanamlah impian dunia dan akhirat untuk kita capai.

Dari kiri Iskandar, Da;i Izzhar, Heliza Helmi dan adik Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi

3 perkara yang dikongsikan untuk kejar pointer ialah :
  1. Amalkan perkara penting terlebih dahulu yang menjadi keutamaan kita sebagai pelajar dan hamba Allah
  2. Cari rakan sepasukan yang bergiat aktif dan membantu
  3. Berani katakan tidak untuk perkara yang menjadi sia-sia

Inilah sedikit peekongsian yang saya dapat kongsikan dari forum tersebut. 

Monday, 3 April 2017

Hari Sukan Permata Pintar

Pada 30 Mac 2017, saya dan rakan saya telah menyertai satu acara pertandingan dalam hari sukan permata pintar. Ia berlangsung di padang permata pintar sekitar waktu 9 malam.

Khemah antara pasukan pelajar pelajar permata pintar
Saya dan rakan saya

2 hari sebelum hari sukan permata pintar berlangsung kami dijemput untuk menyertai satu acara iaitu acara 4 x 100 meter bagi mewakili Kolej Rahim Kajai dalam hari sukan permata pintar tersebut. Beberapa kolej telah dijemput untuk mewakili acara ini. Kami memperoleh tempat ke-4 dalam acara ini daripada 8 pasukan. Walaupun tidak mendapat pingat tapi kepuasan tetap terpancar di wajah kami dan mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada pihak permata pintar yang menjemput kami.
 

Pembentangan Mikroekonomi

Tarikh : 29 Mac 2017
Tempat : DK 2
Subjek : Mikroekonomi 1
Waktu : 11 pagi- 2 petang

Dari kiri Lihoong, Percy, Puan Nafisah, Amira dan Saya

Diatas adalah gambar kumpulan saya. Pada hari tersebut kami sekelas ditugaskan oleh Puan Nafisah untuk membuat pembentangan mikroekonomi daripada hasil kerja lapangan yang dilakukan selama 4 minggu berturut turut. Kumpulan kami mendapat tajuk sayur sayuran bagi kerja lapangan ini. Kami memilih sayur timun malaysia dan timun jepun kerana ia adalah pengganti sempurna. Tempat lawatan kami ialah di Pasar Basah Seksyen 1, Bangi, Selangor. Kami membuat kajian berdasarkan harga sayur sayuran tersebut selama 4 minggu. Apa yang dikaji adalah adakah terdapat perubahan pada harga sayur tersebut selama 4 minggu atau sebaliknya berlaku. Selain itu kami juga perlulah menyelidik kenapa harga sayur tersebut adakalanya naik dan turun dan diletakkan pada satu kertas kerja.

Sunday, 2 April 2017

Kelas Citra Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Tarikh : 21 Mac 2017
Tempat : DK 3
Fakulti : FEP
Waktu : 3 - 5 petang
Kursus : Kelas Citra Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia
Program : Perdebatan Antara Kumpulan

Kumpulan Saya dengan Kumpuan Lawan

Kumpulan 1 dan Kumpulan 2

Kelas citra ini banyak menekankan tentang isu semasa sekeliling kita. Ia menekankan dari aspek etika dalam kehidupan manusia dalam subjek biologi. Bioetika merupakan satu istilah tentang penerapan etika dalam ilmu-ilmu biologi, ubat, penjagaan kesihatan dan bidang-bidang yang berkaitan. 
Selang seminggu sebelum menjelang 21 Mac 2017 kami ditugaskan untuk menyediakan topik untuk dijadikan perdebatan antara kumpulan. Terdapat 6 kumpulan kesemuanya yang terdiri daripada 10, 9, 8 dan 6 orang ahli setiap kumpulan. Antara tajuk tajuk yang didebat pada hari tersebut ialah pengklonan, penggunaan haiwan sebagai ujikaji dan ujian makanan. Kumpulan 3 dan 4 iaitu kumpulan 3 ialah kumpulan saya memilih tajuk penggunaan haiwan sebagai ujikaji. Kami memilih sebagai pembangkang untuk topik ini kerana merasakan haiwan yang dijadikan sebagai ujikaji terseksa dan tidak dapat menjalani hidup mereka seperti haiwan yang lain. Perdebatan kumpulan kami sangat hangat dan isi isi di antara kumpulan kerajaan dan pembangkang sangat bernas dan fakta fakta yang dikeluarkan adalah dari sumber yang betul.

Program Kajai Go Green



Pada 19 Mac 2017 citra 5 dibawah kendalian Kolej Rahim Kajai telah mengadakan satu program iaitu program 'KAJAI GO GREEN'. Program ini mewajibkan pelajar yang mengambil citra 5 dibawah kendalian kolej rahim kajai kerana ia merupakan kutipan markah untuk pelajar jika pelajar mengikuti program ini. Contoh aktiviti program ini ialah :
  • Pengumpulan 1000 botol untuk dikitar semula dari pelajar dibawah citra ini
  • Penanaman 3 anak pokok
  • Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kolej
  • Gerakan aedes buster dengan kerjasama BSMM Kolej Rahim Kajai
  • Tayangan video dan poster yang dibuat oleh pelajar citra ini
Semua Pelajar Citra 5 Kajai

Dari pandangan saya, program ini banyak memberikan input yang berguna untuk pelajar contohi iaitu kita semestinya menjaga alam sekitar, sampah seperti botol plastik, kertas haruslah dikitar semula untuk menyelamatkan sumber yang ada terus digunakan, selain itu dari kumpulan aedes buster kita seharusnya menjaga tempat yang bertakung atau membuang sampah sarap ke dalam tong sampah supaya nyamuk aedes tidak membiak yang boleh mengakibatkan demam denggi dan untuk penanaman anak pokok, ia adalah permulaan untuk kita menghijaukan bumi kita
.

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan d...