Tuesday, 14 March 2017

Program Hakera

Tarikh : 14 Mac 2017
Tempat : Panggung Seni
Waktu : 10 Malam
Program : Hakera ( Penutupan Program Hari Wanita Sedunia )
Anjuran : Kolej Dato' Onn


Malam penutupan program hakera dihadiri dan dimeriahkan oleh artis tempatan iaitu Wani Hasrita dan Tajul iaitu artis muda yang berbakat dalam bidang nyanyian. Mereka menyanyikan 4 buah lagu untuk pengunjung yang hadir menyaksikan mereka. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu terbaru duet mereka , lagu memori berkasih dan lagu solo dari Wani Hasrita dan Tajul.


Tahniah diucapkan Kolej Dato' Onn kerana berjaya menganjurkan sebuah program yang terdapat banyak input dan kebaikan untuk mahasiswa sempena Hari Wanita Sedunia.

Great Ladies Run

Program dibawah kelolaan Kolej Dato' Onn
Program ini diadakan di Dataran Panggung Seni pada 12 Mac 2017. Larian ini diadakan pada hari sabtu dan pendaftaran pada pukul 8 pagi. Larian ini bertemakan hari wanita sedunia.

Gambar saya bersama rakan rakan menyertai larian ini

Larian ini sepanjang 3 KM iaitu bermula dari :
Panggung seni → Kolej Rahim Kajai → Stadium → Pintu Depan Danau → Stadium → Kolej Rahim Kajai → Kolej Dato' Onn → Panggung Seni
Itulah kawasan yang kami lalui sepanjang larian 3 KM.

Yang paling menyeronokkan program ini ialah larian hanya disertai oleh perempuan sahaja dan lelaki tidak dibenarkan menyertai larian ini. Di samping itu terdapat cabutan bertuah kepada sesiapa yang bertuah. Dan program ini dirasmikan oleh seorang wanita yang bekerjaya dan ditemani oleh pengetua Kolej Dato' Onn.

Terdapat sijil, tshirt dan makanan disediakan dan hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM10 sahaja untuk menyertai larian ini.

Sunday, 12 March 2017

Program Robotik

Pada 11 Mac 2017 telah berlangsungnya program robotik atau nama program yang lebih lanjut lagi ialah program "EDUBOTS" iaitu sebuah program dimana kerjasama 3 buah kolej dan 3 buah sekolah menengah untuk menjayakan sebuah program. Program ini diketuai Kolej Rahim Kajai dan kerjasama bersama dengan kolej Dato 'Onn dan Kolej Tun Syed Nasir. Bagi sekolah pula ia disertai oleh Sekolah Menengah Jalan Empat, Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan Sekolah Bandar Sri Putra. Seramai 300 peserta dari semua kolej dan sekolah telah menyertai program ini.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Abu Bakar Muhamad Diah iaitu Timbalan Menteri, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi dan dihadiri oleh Dr. Roslee Rajikan iaitu pengetua kolej rahim kajai dan wakil UKM serta wakil dari pihak IEEE iaitu satu wakil yang memberi peluang untuk menjayakan program ini.






Saya sebagai ajk jamuan dalam program ini sangat berbesar hati kerana program ini berlangsung dengan jayanya dan berjalan lancar dengan kerjasama peserta dan kerjasama seluruh pihak. Dan mendapat satu pengalaman yang berharga dan ikatan kerjasama yang kuat dalam menjalankan sesuatu program bersama rakan seperjuangan.


Friday, 10 March 2017

Latihan Excel

Tarikh : 10 Mac 2017
Aktiviti : Latihan Excel 
Tempat : Lab 1
Subjek : EPPD 1063




Video yang memaparkan asas latihan untuk mengenali serba sedikit fungsi dalam excel yang diajar oleh Puan Rohizah di dalam makmal. Di atas saya lampirkan video yang dibuat oleh Puan Rohizah untuk kegunaan dan panduan pembaca tentang bagaimana nak gunakan excel.

Thursday, 9 March 2017

Mega Public Lecture

Tarikh : 9 MAC 2017
Waktu : 2 - 4 Petang
Tempat : Dectar 
Program : Syarahan Umum dibawah kursus asas keusahawanan
Tema Program : The Rose Amongst The Thorns

Ucapan Oleh Pengarah Urusan Natiowide Express iaitu CIK ROZILAWATI BINTI HAJI BASIR




Apa yang dikongsikan oleh Cik Rozilawati ialah bagaimana dia seorang perempuan menguruskan nationwide express dan almarhum ayahnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya sehingga berjaya kini. Terdapat sedikit sebanyak yang tidak ternilai perkongsian tips tentang kejayaan beliau dalam menceburi perniagaan dalam syarahan tersebut seperti seorang usahawan kita haruslah mengaplikasikan perniagaan kita mengikut peredaran semasa dan mengikuti teknologi yang berkembang kini.

Malam Rehearsel Sempena Program Robotik

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kini kita bersua kembali. Hari ini saya ingin bercerita tentang persiapan program kolej saya iaitu Kolej Rahim Kajai tentang program yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada  11 Mac 2017. Pada tiap tiap malam bermula dari 7,8,9 dan 10 Mac akan berlangsungnya rehearsal untuk menjayakan program ini dengan berjayanya. Pada persiapan program ini apa yang saya ingin kongsikan ialah persiapan emcee dan bahagian protokol, latihan untuk usher dan bagi saya sebagai ajk jamuan untuk program ini, saya mengisi masa saya yang terluang untuk mempelajari tentang teknik mengawal robot bersempena dengan program yang dinamakan robotik. Terdapat sebuah syarikat yang meminjamkan robot untuk menjadi tontonan dan para pelajar mampu mempelajari sedikit asas pengawalan robot.

Robot yang saya pelajari pergerakannya

Apa yang perlu anda tahu robot ini mampu dikawal menggunakan telefon bimbit anda dengan memuat turun aplikasi yang disediakan. Terdapat 4 langkah untuk mengawal robot ini. Selain itu mata robot ini mampu menyala mengikut keadaannya.

Tuesday, 7 March 2017

Latihan Mailmerge

Tarikh : 3 Mac 2017
Tempat : Makmal Komputer 1
Kursus : EPPD 1063
Pensyarah : PUAN ROHIZAH






Santapan untuk pembaca video Puan Rohizah dan tugasan yang diberikan kepada para pelajarnya untuk dilakukan. Mailmerge adalah sangat rumit jika tidak dipraktikkan, Video yang dibuat oleh puan rohizah sangat mudah untuk mempelajarinya mailmerge. Selamat menonton semua.

Saturday, 4 March 2017

Latihan Pertama EPPD 1063

Tarikh : 24 Februari 2017
Tempat : Makmal Komputer 1
Kursus : EPPD 1063 ( Aplikasi Komputer )
Pensyarah : Puan Rohizah





Di atas saya berikan sebuah video dari Puan Rohizah tentang bagaimana ingin menggunakan word bagi pembaca yang ingin baru belajar menggunakan word.Seriusly video yang diberikan oleh puan rohizah sangat mudah difahami bagi pengguna word yang baru bertatih mendalami word. Selamat menonton.

 Pada 17 Feb adalah kelas pertama saya bagi kursus EPPD 1063 iaitu aplikasi komputer bagi sem ini. Apa yang dipelajari pada kelas pertama ialah latihan menggunakan word.

Thursday, 2 March 2017

Eat Everything No Waste





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Okay mood bercerita kembali lagi dengan semangatnya. Apa yang saya tekankan pada post kali ini ialah tentang #eateverythingnowaste. Apa yang perlu anda tahu peratus pembaziran di Malaysia adalah sangat besar. Adakah kita terfikir manusia di luar sana yang kelaparan ? Jadi habiskan makanan dan kurangkan pembaziran. Bak kata pepatah berhenti sebelum kenyang. Jadikan bumi kita sihat tanpa sisa makanan dan pelihara bumi untuk generasi masa hadapan. Sekarang perubahan cuaca semakin dirasai oleh penduduk bumi. Jadikan marilah kita sesama pelihara bumi kita dan dengan salah satu contohnya ialah 'eat everything no waste' dan amalkan gaya hidup sihat.Disini sahaja perkongsian saya. BUMI HIJAU HIDUP SEJAHTERA.



Okay sekian terima kasih.

Program E2MACC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Disini saya ingin bercerita sedikit tentang program yang dijalankan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) iaitu E2MACC yang dikendalikan oleh para pelajar FEP. Pada pendapat saya ia berlangsung dengan jayanya dan meriah sekali. Saya ingin bercerita sedikit sebanyak program ini semasa saya mengikuti perkembangannya. Pada 27 Februari 2017 saya menghadirkan diri pada career talk yang disampaikan oleh seorang CEO syarikat dan seorang bekas pelajar ukm yang berkongsikan tentang bengkel resume iaitu memaparkan resume yang boleh diterima pakai untuk mencari pekerjaan. Program SHINE YOUR WAY banyak memberi tunjuk ajar untuk memilih kerjaya dengan betul dan bagaimana mengendalikan diri pada hari temuduga.




Pada bengkel resume ilmu yang saya dapati ialah 
  •  Menyatakan emel diri sendiri secara profesional 
  • sebagai contoh nama diri sendiri dijadikan emel dan tidak meletakkan emel nama nama yang mengarut
  •  Isi kandungan yang padat tentang informasi diri
  •  Masukkan butiran yang betul untuk dihubungi



Bagi talk career yang disampaikan oleh seorang CEO sebuah syarikat banyak ilmu yang dikongsikan oleh beliau iaitu bagaiman ingin menjadi seorang yang 'outstanding'

  1. Keputusan yang cemerlang
  2. Ko-kuriulum yang cemerlang
  3. Bergiat aktif dalam sukan
  4. Beranikan diri menjadi ketua atau memegang jawatan
  5. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang bagus
  6. Mempunyai kemahiran penulisan yang bagus
  7. Bagus dalam kemahiran pergaulan sosial
  8. Bagus dalam menyelesaikan masalah
  9. Mendidik diri dalam kemahiran yang tidak dipelajari semasa berada di universiti.


SEKIAN. TERIMA KASIH. JUMPA LAGI

Wednesday, 1 March 2017

Pengenalan Diri





Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Di laman ini saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama yang diberi oleh ibu dan ayah saya ialah Nur Maisarah Binti Saari. Gelaran yang diberikan oleh rakan rakan dan ahli keluarga ialah Mai atau Sarah. Mempunyai ketinggian 159 cm. Seorang anak bongsu daripada 6 adik beradik. Ibu seorang suri rumah dan ayah pula seorang pesara kerajaan. Mempunyai seorang kakak dan 4 orang abang. Berasal dari Kelantan yang lebih dikenali pada zaman zaman dahulu negeri "Cik Siti Wan Kembang". Kelantan adalah negeri di sebelah pantai timur yang terkenal dengan pasar wakaf che yeh, rantau panjang dan makanan yang manis manis.

Saya juga seorang bekas pelajar dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Setelah tamat SPM saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi dan sekarang di UKM. Alhamdullilah diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Cita-cita sekarang adalah seorang ahli ekonomi kerana terpaksa melepaskan cita-cita yang ingin menjadi seorang akauntan dan saintis pada masa dahulu.

Pembentangan Akhir Citra 5 : Bioetika Untuk Kesejahteraan Manusia

Pada 23 Mei 2017 kelas citra LMCP 1572 iaitu bioetika untuk kesejahteraan manusia dibawah Prof Latifah Amin telah mengadakan pembentangan d...